Sunday, July 16, 2017

PENGURUSAN ANAK BENIH CILI FERTIGASI

Ramai pengusaha fertigasi terutama pengusaha tanaman cili fertigasi sering mempunyai pemahaman bahawa anak benih cili pada peringkat semaian tidak perlu diracun dengan racun serangga dan perosak.

Salah satu sebab utama mereka berbuat demikian adalah kerana takut anak pokok cabai akan terbakar dan mati.

Dey!!!!

Bayi baru lahir pun disuntuk dengan suntik imunisasi banyak 3 - 4 kali.

Tindakan seperti ini sangat berisiko tinggi terutama bagi pengusaha yang melakukan semaian di kebun di mana pokok cili ditanam banyak kali atau banyak musim.

Friday, June 30, 2017

Penanaman Pisang secara Fertigasi

Pisang atau Musa paradisiaca merupakan sejenis tanaman kontan yang memberikan hasil lumayan dengan pengurusan yang tepat. Pisang ditanam secara komersial di Malaysia. Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada sektor isi rumah dan perusahaan, bekalan pisang sentiasa tidak mengcukupi terutama apabila tibanya musim perayaan. Tanaman pisang kaya dengan zat dan khaisat yang menjadikannya pencuci mulut utama selepas makan.


Tuesday, June 27, 2017

Cara - cara kalibrasi EC Meter

Saya sharekan cara untuk kita menentu-sahkan atau kalibrasi EC meter.

Untuk buat kalibrasi EC meter kita perlukan:

1. Larutan Kalibrasi
2. Skru driver

Untuk langkah - langkah kalibrasi sila tonton video di bawah.

Sebagai soalan boleh diajukan di ruangan komentar.




Thursday, January 19, 2017

Perkongsian Jumaat: Masalah Pengurusan Kewangan Ladang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsi masalah yang sering usahawantani hadapi. Terutama pengurusan kewangan dan ladang sendiri. Dah ramai yang kantoi bab kedua-dua pengurusan ini.

 3 punca utama masalah ini berlaku adalah di sebabkan oleh:

1. Tak asing duit projek dengan duit peribadi
2. Tak simpan dan susun fail transaksi semasa perusahaan dengan betul
3. Tak buat rekod dengan pengurusan konsisten

 Anda semua setuju tak ni?

 Kalau setuju teruskan pembaca.

Tuesday, January 10, 2017

The difference between "Invention' And 'Innovation'

Kita selalu bercakap mengenai invention atau rekaan dan innovation atau inovasi.

Tetapi apakah perbezaan antara Invention dan Innovation?

Invention atau rekaan bermakna penciptaan produk atau pengenalan proses buat kali pertama.

Ini bermaksud produk atau proses itu adalah yang mula - mula diperkenal dan tiada produk atau proses yang sama pada masa itu.

Invention melahirkan inventor atau pereka.

Kita ambil contoh Thomas Alva Edison, beliau merupakan seorang inventor kerana diiktiraf sebagai mereka lampu atau mentol.

Kemudian datangnya Innovation atau inovasi.

Innovasi merupakan pembaharuan pada sesuatu produk, proses atau perkhidmatan yang sedia ada atau telah direka menjadi lebih baik.

Contoh smartphone adalah satu innovasi daripada telefon atau handset.

Harap selepas pembaca semua boleh membuat perbezaan antara invention dan innovation.

Wednesday, January 4, 2017

Assalamualaikum & Salam Perkenalan.

Selamat datang ke Blog ysuhaimi.

Makmal ysuhaimi adalah projek saya yang terbaru bagi tahun 2017.

Selepas berjaya mengasaskan MYAGRI DotComDotMy sehingga berjaya menjadi satu laman sesawang informasi pertanian yang berjaya menjadi rujukan kepada usahawan tani dan peminat pertanian, ini adalah wadah perkongsian elektronik saya yang terbaru.

Selepas ini sila jangan kaitankan saya dengan MYAGRI DotComDotMy lagi. Tetapi hanya sebagai Founder sahaja.

Laman sesawang MYAGRI DotComDotMy telah saya serah sepenuhnya kepada sahabat En. Iman Danial untuk dimajukan sepenuhnya sejak tahun 2014 lagi.

Kenapa saya wujud blog ysuhaimi ini adalah untuk belajar mengenai media elektronik serta mempraktiskan ilmu pengaturcaraan.

Ada apa dengan blog ini?


Blog ini akan dijadikan wadah perkongsian ilmu serta pandangan saya di dalam industri perniagaan terutama industri pertanian dan industri asas tani.

Sehingga kita bertemu lagi pada perkongsian yang seterusnya.

Regards

ysuhaimi